Sulit
3 tahun
Heartburn & kerap sendawa
Saya wanita berusia 31 tahun,kerap mengalami heartburn,kerap sendawa,mual dan pening. Badan rasa lesu dan sakit. Bolehkah saya kerap mengambil gaviscon untuk melegakan heartbun? Setiap kali berjumpa doctor akan diagnosis as gastrik dan beri ubat antiacid dan gaviscon. Apakah cara terbaik untuk mengetahui sebab atau punca masalah saya. Thank you.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham kerisauan anda terhadap masalah pedih ulu hati, pening kepala, mual dan kerap sendawa yang dialami. Namun begitu, anda tidak perlu risau kerana kami akan membantu anda. Untuk pengetahuan anda, berikut merupakan antara punca sakit perut atau sakit ulu hati yang lazim dilaporkan:
- Refluks asid atau GERD
- Serangan gastrik
- Penyakit ulser peptik (peptic ulcer diseases)
Ia juga boleh disebabkan oleh:
- Radang esofagus (esophagitis)
- Pemakanan seperti makanan pedas, berlemak, pengambilan alkohol
- Merokok
Untuk mengetahui punca masalah yang dialami oleh anda dengan teliti, pemeriksaan lanjut dan pengambilan sejarah perubatan secara menyeluruh perlu dilakukan. Pengambilan ubat tanpa pengawasan atau preskripsi doktor juga seharusnya dielakkan untuk mengelakkan risiko mendapat kesan sampingan.
Disebabkan anda kerap mengalami pedih ulu hati, anda disarankan untuk bercakap dengan doktor di atas talian agar kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.