Sulit
3 tahun
Perut tidak selesa badan lesu dan kepala rasa melayang tidak seimbang
Sy lelaki berumur 26 sy sering mengalami selepas makan perut sy rasa tidak selesa dan kembung perut kadang2 rasa pedih2 dibahagian pusat, badan rasa lesu ja cepat penat dan kepala rasa melayang tetapi tidak pening
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan perut dan ketidakselesaan kepala. Kami akan cuba membantu anda.
Berdasarkan keterangan yang anda berikan, gejala yang anda alami boleh disebabkan beberapa faktor seperti:
- Asid refluks (gastrik)
- Penyakit ulser perut
- Masalah hempedu - seperti radang hempedu, jangkitan dalam hempedu, batu karang
- Masalah organ pankreas - menyebabkan ketidakhadaman dan ketidakselesaan
- Penyakit jantung - sekiranya anda mempunyai tekanan darah tinggi, kencing manis atau sejarah kekeluargaan
Selain itu, masalah pening boleh disebabkan oleh:
- Masalah tekanan darah
- Migrain
- Benign positional vertigo (pening mengikut posisi tertentu)
- Keracunan makanan
- Tekanan air di kepala meningkat
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.