Sulit
3 tahun
Pedih ulu hati dan tulang belakang seperti banyak angin
Mulanya sy diserang panyakit malaria , masuk ward hampir 1mggu. Slps keluar ward sy rasa pedih-pedih ulu hati spt simpton-simptom gastrik mual-mual, muntah, sukar bernafas,hilang selera makan dll. Slps sy tahu masalah sy dan sy berpantang spt yg disuruh doctor jgn makan pedas , asam-asam , jgn minum yg berkefin dan yg berempah . Hampir 2 bulan sy mngalami gastrik ini . Tp yg peliknya gastrik sy nie balik-balik sendawa seperti gastrik angin. Mgkin punca sy lambat makan , sbbnya sy hilang selera makan dan rasa kenyang saja. Slps sy ikut semua pantang makan tak skip dah , makan bubur minum air suam makan nasi (jarang) . Dalam beberapa mggu ada perubahan sikit jugala lps bepantang , dan makin lama makin banyak perubahan . Allahamdullilah gastrik smkin pulih akan tetapi dada sy sperti banyak angin smpai tulang blkg sy pun sakit-sakit . Boleh sy tau knp doc? Adakah itu angin ?
3 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sakit dada yang anda hadapi. Untuk makluman anda, sakit dada boleh disebabkan oleh pelbagai penyebab kondisi kesihatan, antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor sekiranya:
- gejala berlarutan
- gejala semakin memberat
- kesukaran bernafas
- mual muntah
masalah sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otot belakang yang terseliuh
- Ketegangan otot belakang
- Masalah struktur tulang belakang seperti spondylolisthesis (sakit belakang angkara) atau spondylosis (kemerosotan tulang belakang dan pertumbuhan osteofit)
- Masalah pada organ sekitar pinggang seperti:
- Batu karang pada saluran buah pinggang
- Masalah pada usus
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat memerlukan maklumat serta pemeriksaan lanjutan.Anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi