Sulit
3 tahun
Masalah gastroesophageal reflux disease
Hai doc saya ingin bertanya apakah gerd mampu menyebab seseorang itu kurus
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan kenyataan di atas, anda ingin tahu sekiranya penyakit GERD mampu menyebabkan seseorang itu kurus. Kami akan cuba membantu anda.
Umumnya GERD adalah penyakit saluran pencernaan kronik yang berlaku apabila asid dalam perut atau kandungan di dalam perut mengalir semula ke dalam saluran esofagus. Penyakit ini lazimnya akan memberikan pelbagai gejala seperti
- pedih ulu hati - seperti sensasi terbakar
- sukar menelan - sehingga menyebabkan nafsu makan menurun
- regurgitasi - terasa pahit pada lidah
- sakit dada
Penyakit GERD yang tidak dirawat, boleh menyebabkan gangguan yang lebih serius seperti
- Esophagitis
- Barret’s esophagus
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor secara atas talian agar kami boleh membantu anda dengan lebih lanjut.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.