Sulit
3 tahun
Memuntahkan balik makanan, sakit ulu hati dan migraine
Saya mengalami masalah memuntahkan makanan kembali untuk 5 hari berturut turut. Untuk hari pertama saya ingatke berpunca daripada migraine. Tetapi ia berlaku untuk hari seterusnya.untuk hari kedua saya berasa dingin dan badan saya mula panas antara jam 8 hingga 10 mlm jadi saya mengambil uphamol sebagai langkah untuk menahan sakit. Hari ketiga saya hanya minum air dan memakan mushroom soup dan dua keping roti tapi saya memuntahkan kembali bila malam. Hari ketiga saya berjumpa dr dan beliau mengatakan kemungkinan disebabkan aura migraine dan descriptive saya dengan ubat ubatan.pada mulanya saya consume ubat pada malam hari yang sama dan tindak balasnya okay. Tetapi pada pgi ini saya try makan and then makan ubat telah membuat saya memuntahkan nya kembali. Selepas muntah saya mengalami sakit hulu hati untuk masa dari pukul 5ptg sehingga sekrg iaitu 1.25 pagi. Dr tidak memberi tahu saya punca sebenar kenapa ia berlaku.jadi saya memerlunkan pandangan dr disini. Dan langkah langkah percengahan
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda hadapi boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- Refluks asid
- GERD
- Saluran esofagus tersumbat
Antara beberapa hal yang boleh dilakukan untuk membantu mengurangi masalah ini adalah:
- tinggikan posisi kepala saat tidur
- kurangkan minuman berkafein, minuman bergas
- kurangkan makanan pedas
- bahagikan makanan dalam kuantiti kecil dan banyak kali (>3 kali sehari)
- elakkan makan sebelum tidur (3 jam)
- berhenti merokok atau vape
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.