Sulit
3 tahun
Sakit ulu hati berulang selama sebulan, punca asal selepas kelewatan makan
Salam, selamat sejahtera Doctor.
Saya mengalami gastrik selama beberapa minggu kebelakangan ini. Dalam masa setiap minggu itu, setiap sehari, saya akan mengalami sakit di ulu hati yang teramat sangat. Untuk makluman, saya sudah lama tidak mengalami gastrik. Sepanjang tempoh itu, selepas mendapatkan nasihat doctor dan pharmacist, saya consume ubatan yang saya beli di farmasi, pantoprazole dan charcoal. Jadi pertanyaan saya, apakah symptom yang saya alami ini normal? Dan bagaimana untuk mengubati sakit di ulu hati ini? Terima kasih atas pencerahan Doktor.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
- GERD. Gastroesophageal reflux disorder di mana anda mengalami refluks asid.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
Bagi masalah tersebut, garis panduan yang biasa diikuti adalah dengan memberikan anda dengan rawatan yang ringkas. Ubat gastrik boleh mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan boleh membantu mengurangkan pedih ulu hati. Selain ubat-ubatan, anda juga disarankan untuk mengurangkan berat badan, elakkan dari merokok serta tidak terus baring selepas makan.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.