Sulit
3 tahun
Tersedak sebelum makan
Ayah saya umur 60 tahun… Sihat… Takda sebarang masalah kesihatan… Pernah ada rekod batu karang… Perokok tegar tapi not a heavy smoker… 1 kotak rokok 4 hari… Overall normal…
Tapi dia ada satu masalah, sebelum makan mesti dia akan tersedak tanpa sebab… Kadang2 berlanjutan sampai 10-20 minit… Sebelum makan sahaja… Bila habis 10-20 minit tadi, dia dah boleh makan… Adakah ada simptom utk apa2 penyakit? Sebab benda ni berlaku every single time dia nak makan…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang ayah anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Refluks asid
- Serangan gastrik
- Masalah struktur anatomi esofagus
- Masalah saraf
- Strok
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah yang dihadapi oleh ayah anda. Kami sarankan anda untuk membawanya berjumpa berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda supaya masalah ini dapat diselesaikan.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.
Ingin berhenti merokok? Konsult doktor kami secara PERCUMA!