Sulit
3 tahun
Mengalami sesak nafas, perut dan jantung seperti denyut denyut
Saya lelaki 22thn, sejak dari bulan 4 lagi sya mengalami sesak nafas,sakit dada,bisa-bisa badan,badan berdenyut-denyut 24 jam boleh nampak di bahagian perut & jantung,buat aktiviti sikit tak boleh jadi sesak nafas + sakit dada+jantung laju mcm nk meletup rasa macam nak pingsan nafas jadi pendek laju,hilang keseimbangan,berdiri rasa nak pitam,masalah penghadaman perut,susah berak sembelit,kerap kencing,Tangan kaki jadi kebas sejuk teruk,masalah keluar air mani time tidur,bila keluar air mani lagi jadi bertambah teruk semua simptom yg di sebut+demam panas surut yg berlangsung smpai 3/4 hari kalau air mani kluar,alat sulit dh jdi kecut hitam teruk + terlampau sensitive sampai tak boleh tahan gesekan di seluar,klau pkai sluar ketat lagi teruk,disebabkan air mani asyik trkeluar sangat,sampai dh takda dah air mani,klau kluar pon kluar sikit ja seketul-seketul + cairan putih.cukup 4 bulan dah duk hadap sakit macam ni, bukan bertambah lega , makin bertambah teruk. Dlu msa mula2 jadi ada mai skali serangan panic terlampau sampai dkt bulan ke 3, skrg tak jadi sangat dah panic.
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dada. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda berdebar disertai mual boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot
- sakit paru-paru
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.