Sulit
3 tahun
Dada sy terasa pedih
Dah berapa hari ni dada saya terasa pedih…kadang dgn secara tiba2 perut berasa pedih…dktr hospital ada start kn ubat gastrik…ape perlu sy jumpa dktr semula…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anda mengalami tersebut, dada dan perut pedih boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Pedih ulu hati
- Penyakit asid refluks (GERD)
- Gastritis
- Penyakit pada esofagus
- Jangkitan gastrik seperti H.pylori
- Peptic ulcer disease
- Penyakit jantung iskemia
Sekiranya gejala anda tidak dikawal setelah guna ubat gastrik, anda perlu jumpa doktor semula untuk pantaukan gejala anda.
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Gastroenterologi.