Sulit
3 tahun
Setiap pagi akan berasa mual hipang selera makan
Lelaki 25 tahun , sy mangalami simptom spt perut memulas, sakit dada yg mncucuk", mual, muntah kosong, rasa mngantuk dan bila tekan bahagian ulu hati tengah berasa senak. Boleh doc jelaskan apa puncanya ?
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, antara penyakit penting untuk dikesan apabila seseorang mempunyai simptom pedih ulu hati adalah:
- GERD. Gastroesophageal reflux disorder di mana anda mengalami refluks asid.
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati.
Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
Hindari sakit perut dari mengganggu aktiviti harian anda dengan penjagaan sistem
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.