Sulit
3 tahun
Pedih Ulu hati, sakit di bahagian tengah perut , selalu pening kepala ,haid lambat 3 bulan Dan berat badan meningkat mendadak
Saya wanita yang berumur 20 an Dan belum berkahwin dan rabu jauh.
Baru2 ni saya asyik mengalami gejala pedih ulu hati Dan sakit di bahagian perut.
Selain itu, berat saya jugak meningkat mendadak ke 97kg dan haid saya lambat 3 bulan Dan tidak teratur
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sakit perut, seperti:
- Refluks asid atau GERD
- Ulser perut (peptic ulcer)
- Divertikulitis
- Radang esofagus (esophagitis)
Bagi masalah haid anda pula, ia boleh disebabkan oleh:
- Sindrom polisistik ovari atau PCOS
- Ketidakstabilan hormon
- Masalah kelenjar tiroid atau pituitari
- Berat badan: Berat badan berlebihan dapat mengganggu kitaran haid seseorang
- Umur: Golongan remaja dan wanita perimenopaus seringkali mengalami masalah haid tidak teratur
- Tekanan emosi atau stres
- Kehamilan
- Penggunaan perancangan keluarga seperti pil perancang
- Penggunaan ubat-ubatan
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.