Sulit
3 tahun
Ketat dada, kerap sendawa, sukar bernafas,
Hai saya seorang wanita berumur 23 tahun. Baru2 ini saya ada appointment untuk mendapatkan vaksin tetapi saya diberi tahu untuk menangguhkn vaksin kerana saya menpunyai angin dalam badan pada hari tersebut. Dan datang semula jika saya tidak mempunyai angin di dalam badan. Tetapi boleh dikatakan saya hari2 mempunyai angin di dalam badan dan stiap hari akan bersendawa setiap masa. Dan saya juga mempunyai kegelisahan yang teruk dan panik attack. Badan saya akan terasa seram sejuk seperti semua darah mengalir di kaki… Apakah effect jika saya menerima vaksin dalam keadaan seperti ini
3 tahun
Salam Sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami anda mengalami gejala kesakitan di bahagian dan kesukaran bernafas. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa punca yang boleh mengakibatkan gejala anda. Antaranya:
- pedih ulu hati terkait GERD dan gastritis
- angina
- serangan jantung
- aortic dissection
- perikarditis
- sakit otot
- sakit paru-paru
Sekiranya gejala ini masih berterusan dan aktiviti harian anda tergendala, anda harus berjumpa dengan doktor dengan kadar segera. Anda tidak perlu risau tentang kesan sampingan vaksin tetapi anda juga boleh mendapatkan konsultasi secara atas talian bersama kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut.
Terima kasih, kami berharap jawapan ini membantu anda.