Sulit
3 tahun
Kesukaran bernafas,sakit dada,mudah penat,sakit perut,sakit kepala,pening
hai doktor,saya seorang wanita berusia 19 tahun .masih pelajar sekolah.
sejak awal tahun ini saya mula terasa kesukaran bernafas.sakit dada di bahagian tengah…kadang sakit dada bahagian kiri…mudah penat dan badan lemah.jantung berdegup lebih laju.muka pucat.kulit muka dan badan kering hingga menggelupas.rambut gugur.sering pening. perut sy juga terasa sakit bermula dari ulu hati .kadang sampai ke bahagian bawah pusat di ari2…seperti sakit senggugut . sakitnya terasa menyucuk hingga ke belakang .selalu juga perut kembung masuk angin sebab saya ada gastrik …cuma baru2 ini saya mula hilang selera makan…dan saya juga selalu sakit di bahagian tengkuk hingga sampai ke bahagian atas kepala…saya juga alami gangguan pola tidur kadang menjejaskan emosi saya.
pada pandangan doktor apakah penyebab dan gejala sakit yang saya alami?
terima kasih doktor .
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Kami memahami bahawa anda mengalami gejala-gejala seperti sukar bernafas, sakit dada, sakit perut serta pelbagai gejala yang mengganggu anda. Kami akan cuba untuk membantu anda dalam perkara ini.
Untuk pengetahuan anda gejala-gejala ini boleh berlaku disebabkan:
- Refluks asid
- Gastrik
- Kekurangan sel darah merah (anemia)
Namun, gejala ini juga boleh berlaku disebabkan perkara yang lebih serius seperti:
- Radang pada pankreas. Individu yang mempunyai masalah pedih ulu hati yang sangat teruk kebiasaanya akan disyaki untuk mengalami masalah ini.
- Luka pada perut atau duodenum (penyakit ulser peptik). Situasi ini biasanya melibatkan kehilangan darah dan najis bertukar menjadi warna hitam.
- Batu pada saluran hempedu.
- Sakit jantung. Kekurangan oksigen pada bahagian kanan atau bawah jantung boleh menyebabkan pedih ulu hati. Oleh itu, anda perlu berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan dan penyiasatan yang lebih lanjut.
Oleh itu, anda digalakkan untuk berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan konsultasi dan bantuan lebih lanjut.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu terima kasih.