Sulit
3 tahun
Gaviscon untuk pesakit gerd
boleh ke saye mengambil gaviscon untuk mengurangkan penyakit gerd sye untuk sementare waktu… sbb kadang gerd saye sampai tak tentu mase waktu makan … waktu kerja… waktu tido … waktu rehat …
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami di atas talian.
GERD atau Gastroesophageal Reflux Disease adalah gangguan penyakit pencernaan (yang lazimnya kronik) berlaku apabila asid dalam perut atau kandungan perut mengalir kembali ke dalam saluran esofagus sehingga mencecah ke kawasan mulut akibat kelemahan sfinkter dan lain-lain.
Ubat tersebut sememangnya merupakan salah satu daripada pilihan rawatan bagi gangguan yang anda alami saat ini. Walau bagaimanapun untuk mengetahui secara jelas tentang kombinasi atau kaedah bagi memaksimumkan penggunaan ubat tersebut atau mendapat rawatan jangka panjang yang lebih baik, anda tetap perlu merujuk kepada doktor di klinik atau hospital yang terdekat.
Selain itu anda perlu tahu bahawa kesan ubat (umumnya) sangat bervariasi dari individu ke individu yang lain. Justeru walaupun kajian mendapati bahawa ubat-ubatan ini mempunyai manfaatnya yang spesifik, saya tetap menyarankan anda untuk mendapat nasihat doktor secara langsung agar rawatan yang komprehensif dan berkesinambungan dapat diberikan.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap diatas talian dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih.