Sulit
3 tahun
Adakah saya sudah ada gastrik
Simptom selalu sendawa,bila sendawa ada rasa panas kat tekak,penat tanpa sebab,rasa mcm ada angin di dada,selera makan tiada.pening xde. Adakah saya gastrik? Boleh hilang tak gastrik ni?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami faham masalah yang anda alami. Berdasarkan kenyataan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Gastritis
- Pedih ulu hati atau refluks asid (GERD)
- Masalah penghadaman
- Ulser perut
- Kanser perut atau usus
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda. Rawatan hanya boleh diberikan berdasarkan diagnosis yang diperoleh oleh doktor.
Sekiranya anda mempunyai soalan lanjut, sila hubungi kami di (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor kami secara peribadi. Terima kasih.