
Anonymous
2 tahun
Jahitan pada Vagina terkoyak
Saya wanita berusia 38 tahun. Kali terakhir melahirkan anak secara normal pada 9 tahun lepas dan dijahit kerana epsiotomi.
Kebelakangan sy merasakan koyakan semakin besar hingga hampir ke dubur. Tidak pasti samada aktiviti seks bersama suami yang kerap atau kasar hingga jadi begitu. Setiap kali lepas bersama, sy mengalami rase pedih ketika membuang air.
Bagaimana nak pulihkan kembali? Adakah boleh dijahit seperti baru lepas bersalin?
Fyi, sy menghidap diabetic. Adakah ia turut menyumbang?
Terima kasih doc.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda,terdapat beberapa soalan yang harus kami tanyakan bagi mendapatkan maklumat lanjut sebelum kesimpulan tentang masalah yang anda hadapi boleh dibuat.
Secara umumnya,terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan rasa pedih ketika membuang air,antaranya :
• Penyakit Seksual (STD seperti herpes, klamidia, sifilis, gonorrhea, trichomoniasis dan HIV)
• Jangkitan saluran kencing (uretra, pundi kencing, atau buah pinggang)
• Batu karang
• Saluran kencing tersumbat
Berkenaan dengan rasa koyakan, pemeriksaan fizikal diperlukan untuk memastikan tahap kekoyakan.Rawatan untuk koyakan bergantung kepada tahap koyakan. Kemungkinan besar koyakan tersebut disebabkan oleh berlakunya trauma semasa bersetubuhan. Penyakit kencing manis tidak akan menyumbang kepada mana mana trauma/koyakan yang berlaku pada sesuatu tempat malah boleh melambatkan proses penyembuhan luka.
Oleh itu,anda amat disarankan untuk berjumpa dengan seorang doktor untuk membuat kesimpulan tentang punca masalah yang anda hadapi dan mendapatkan rawatan yang sesuai atau boleh rujuk kepada kami secara peribadi melalui atas talian. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami. Terima kasih