
Sulit
4 tahun
Jenis ubat kuat yang disahkan KKM
Saya nak tahu apekah ubat kuat untuk kemaluan lelaki yang disahkan oleh KKM yang menjadi ikhtiar untuk kekal sihat zakar dan senang berintim dengan isteri .

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.
Untuk pengetahuan anda, kami tidak mempunyai mahupun menjual mana-mana ubat kuat untuk lelaki. Bagi mendapatakn ubat yang betul sesuai dengan keadaan kesihatan diri, disarankan untuk merujuk doktor dan dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor yang merawat. Elakkan daripada membeli sendiri ubat-ubatan tanpa preskripsi doktor kerana dikhuatiri akan memudaratkan walaupun dikatakan telah mendapat pengesahan kkm.
Nikmati saat indah bersama yang tersayang dengan selamat.
Namun begitu anda boleh membuat beberapa perkara untuk meningkatkan prestasi anda ketika bersama isteri:
- Kerapkan bersenam; ianya dapat meningkatkan stamina anda dan juga memelihara kesihatan secara keseluruhan
- Makan makanan yang seimbang
- Berhenti merokok kerana rokok merupakan salah satu faktor mati pucuk
- Kurangkan atau hentikan pengambilan alkohol
- Kurangkan stres kerana stres merupakan salah satu faktor kurangnya prestasi ketika bersama isteri
- Beri perhatian kepada pasangan anda kerana ini merupakan komunikasi dua hala
Hilangkan kegusaran berkenaan kesihatan seksual dengan nasihat daripada pakar yang bertauliah
Jika anda mempunyai pertanyaan lebih lanjut mengenai kesihatan seksual, sila hubungi doktor kami di ( DoctorOnCall ) untuk mendapatkan konsultasi di atas talian. Terima kasih sekali lagi kerana menghubungi kami di DoctorOnCall.