Sulit
3 tahun
Kebas selepas ambil darah
Saya pesakit covid. doctor ambil darah saya di nadi lengan, apabila doctor cucuk ambil darah jari telunjuk dan ibu jari saya rasa sperti ditarik. Sya bgitahu docter saya sakit kemudian doctor itu cucuk ke 2 kli masih lagi terasa sakit. Jari terasa kejang semasa ambil darah. Selepas itu pon masih terasa sangat sakit sehingga skarang (10 hari). Jari kebas dan tidak boleh digunakan
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Kami tidak dapat memberikan anda diagnosis yang tepat mengenai punca masalah anda kerana kami memerlukan maklumat tambahan daripada anda. Namun, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Teknik prosedur yang tidak betul
- Struktur saraf tercedera
Kami menyarankan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor untuk mengetahui punca sebenar masalah anda.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.