Sulit

3 tahun

Tangan kebas dan kesemutan tak pasti

Saya lelaki 28 tahun . Sejak beberapa hari lepas saya mengalami rasa kebas tangan . Masa hari pertama kena tu lepas bangun tidur , saya rasa kebas satu tangan kiri di lengan terutamanya rasa seperti darah tak lepas disamping ada rasa sengal sengal , lenguh tak pasti urat atau otot . Kemudian keesokan harinya kebas dilengan tu hilang cuma di tapak tangan sahaja rasa sehingga sekarang kebas makin hilang dan kadang tak rasa kebas atau rasa kebas sikit je di jari . Kadang kadang saja rasa kebas tu dan kalau terasa kebas pun hanya dijari tapi sikit je kadang sampai tak perasan rasa kebas , kena gosok jari baru terasa sikit kebas tu . Cuma bila saya gerakkan tangan atau tangan bergegar dia akan terasa kebas satu tangan bermula di lengan sekejap saja dalam beberapa saat kemudian hilang . Deria rasa pada tangan semua ok , tiada rasa sakit yang kuat cuma kadang kadang rasa berdenyut macam lenguh dan sengal sengal tu di lengan dalam masa yang sama akan terasa kebas sedikit kemudian ok semula . Saya cuba periksa ditangan jika ada pembengkakan tapi tiada , saya urut picit satu tangan pun tidak ada rasa sakit jika disentuh. Cuma bila urut dilengan pasti akan terasa kebas tu seketika bila berhenti urut ok dah . Kesimpulannya kebas akan terasa bila lengan di gegarkan , diberi tekanan atau urut . Rasa kebas tu makin okay selepas saya sapu gel Garcipro memang krim sapu untuk kebas dan lancarkan peredaran darah . Jadi apa kemungkinan masalah saya ya doc ? Adakah masalah saraf , atau masalah lain ? Terima kasih .

Dr Ramzdhan,

3 tahun

Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.

Menurut penjelasan anda, kami memahami anda mengalami kebas tangan sebelah kiri yang bermula selepas anda bangun daripada tidur. Kami akan cuba membantu anda.

Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :

  • Kecederaan pada tangan
  • Posisi tidur yang kurang baik
  • Cubital tunnel syndrome
  • Masalah saraf
  • Penyakit kencing manis
  • Hipertensi

Kami menasihatkan anda untuk merujuk perkara ini kepada doktor supaya anda dapat dibantu dengan lebih lanjut. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian untuk nasihat lanjut.

Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

jeremy-mcknight-ix9I7kfMpcc-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)