Sulit
2 tahun
Tapak kaki dan tangan selalu rasa ngilu,gatal
Salam doc,saya lelaki 30an,sudah hampir 1bulan sering rasa ngilu,panas dan gatal pada tapak kaki dan tangansama ada buat aktiviti atau rehat,rasa ngilu datang tidak menentu dan sering terjadi pada kawasan dalam kulit diiringin rasa panas ada kala sampai menimbulkan kemerahan pada kulit luar lain seperti ruam… tapi kesan merah dan ruam tu akan hilang lebih kurang dalam setengah jam or 1 hari, tetapi ngilu dan gatal dan panas tapak kaki dan tangan sering terjadi hampir setiap hari terutama dalam cuaca dingin or tempat sejuk… apakah saya perlu buat checkup atau kesan ni hnya sementara akibat saya sering berjalan kaki,
Saya ada pnyakit gerd dan gastrik,saya tidak pasti adakah berpunca dari penyakit tersebut…
Mohon perncerahan dari doc,terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Anda mengalami masalah rasa ngilu, panas dan gatal pada tapak kaki dan tangan. Kami akan cuba membantu anda.
Anda menyatakan anda sering mengalami gejala ini apabila dalam cuaca dingin atau tempat sejuk. Terdapat kemungkinan anda mempunyai hipersensitiviti terhadap kesejukan, namun ianya tidak dapat dipastikan tanpa maklumat lanjut. Selain itu, terdapat kemungkinan anda alah terhadap bahan tertentu yang menyebabkan gejala ini berlaku.
Seperti yang dinyatakan di atas, untuk memastikan punca gejala ini berlaku, maklumat lanjut perlu didapati. Oleh itu anda amat disarankan untuk merujuk perkara ini kepada doktor.
Anda boleh bercakap dengan doktor kami secara atas talian untuk konsultasi. Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.