Sulit
3 tahun
Kepala terasa seperti ada benda bergerak ia bukan kutu
Hai dok sy ingin tahu asal sy bnyk fikir atau terlalu stress mesti ada benda yg bergerak gerak rasa mcm kesemutan tapi sy rasa dekat kepala sy… kenapa ya ia berlaku dan mcm mna hilangkan… terima kasih dok
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kesemutan boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Gangguan saraf
- Penyakit saluran darah
- Masalah tulang belakang
- Kencing manis
- Kekurangan vitamin B12
- Stress, kegelisihan
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Neurologi.