Sulit
2 tahun
Tangan kiri kebas berulang
Doc, ayah saya alami tangan kiri kebas on off. Sampai tak boleh nak angkat tangan pun. Saya dah jumpa doc, doc kata bukan stroke. Cuma masalah saraf. Doc bagi mecabolamin. Tapi dah 2 hari, masih takde improve lagi. Doc ada suggestion saya perlu saya buat. Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah ayah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kebas yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah saraf ataupun gagguan pengaliran darah.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kebas-kebas adalah:
- Masalah saraf seperti trigeminal neuralgia
- Masalah muskuloskeletal (otot dan tulang)
- Kencing manis
- Penyakit darah tinggi
- Strok
Memandangkan anda sudah berjumpa dengan doktor dan mengambil perubatan, saya menyarankan anda mengikuti preskripsi yang diberi. Ia mungkin mengambil masa beberapa minggu sebelum simptom ayah anda mula bertambah baik selepas mengambil suplemen.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.