Sulit
3 tahun
Bahu kiri sakit …berasa kebas
Saya berumur 40thn…sejak² ni bahu saya sakit berasa kebas menjalar sampai ke tapak tngan…saya bekas pesakit slip disc …dan pernah operation buang slip pecah thn 2007…saya nak tahu sakit apa yg sedang saya alami …
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan hal ini berlaku.Antaranya ialah:
- Hyperthyroidism (tahap hormon tiroid yang tinggi)
- Kehamilan (wanita)
- Carpal Tunnel Syndome
- Neuropati Diabetes
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.