Sulit
3 tahun
Kebas tangan ketika tidur
Hi doktor. Saya selalu kebas tangan bila tidur. Biasanya kebas apabila posisi tangan dihempap pipi. Atau ketika saya menaip di telefon sambil berbaring. Boleh doktor bantu. Terima kasih
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana mengajukan soalan anda.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami masalah tangan kebas sewaktu tidur. Kami akan cuba membantu anda.
Kemungkinan masalah kebas tangan anda berpunca daripada posisi tidur anda yang menyebabkan saraf terhimpit. Selain itu, masalah kesihatan seperti penyakit kencing manis atau kekurangan vitamin B12 juga boleh menyebabkan kebas tangan. Kami menasihatkan anda untuk mengubah posisi tidur anda untuk melihat jika masalah anda reda. Jika tidak, kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui punca masalah anda. Anda boleh mendapatkan konsultasi peribadi bersama doktor kami supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.