Sulit
3 tahun
Badan terasa kebas-kebas di belakang
Sy seorg lelaki berusia 41 tahun…sejak kebelakangan ini bahagian belakang badan rasa sering berasa kebas²…ada sampai ke dada sebelah kanan…bila sy letak ubat panas,rasa kebas² tu tetap terasa juga…blh sy tahu apa penyakit sy…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kebas, boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya:
- Gangguan saraf
- Kecederaan pada tulang belakang (keradangan)
- Penyakit pada tulang belakang
- Penyakit pada saluran darah
- Kencing manis
- Penyakit kelenjer
- Kekurangan vitamin B12
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah ini, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Tulang.