Sulit
2 tahun
Tangan kebas selepas menerima ubat tahan sakit
minggu lepas saya pergi hospital sebab sakit belakang, lepastu doktor tu bagi saya ubat cucuk… lepas kena cucuk tu, tangan kiri saya asyik kebas²…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah kebas yang dialami boleh disebabkan oleh pelbagai faktor dan kebiasaannya ia dikaitkan dengan masalah saraf ataupun gagguan pengaliran darah.
Antara punca lazim yang boleh menyebabkan seseorang mengalami kebas-kebas adalah:
- Masalah saraf seperti trigeminal neuralgia
- Masalah muskuloskeletal (otot dan tulang)
- Kencing manis
- Penyakit darah tinggi
- Strok
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.