Sulit
3 tahun
Badan berasa panas dan kadang2 kebas(kaki,Belakang badan)
Saya sering mengalami kebas kaki terutamanya pada waktu malam… Bahagian belakang jugak akan berasa panas kadang-kadang… Kadang2 dada turut beras panas… Selalunya pada waktu malam…
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini boleh disebabkan oleh beberapa perkara, contohnya penyakit pada saluran saraf, kencing manis, kekurangan vitamin B12, penyakit pada kelenjer, penyakit pada buah pinggang, kesan sampingan sesetengah ubat dan lain.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Neurologi.