Sulit
3 tahun
Masalah Sengal Di Pergelangan Tangan dan Sakit Menggengam
Sy kerap merasa sengal dipeegelangan tangan dan merasa sakit apabila menggengam.Cthnya jika ingin menulis sy tidak dapat memegang pen dengan lama kerana rasa sakit.Begitu juga jika memegang pisau ketika memasak dan ada beberapa insiden lagi yang membuat sy merasa sakit apabila menggengam.Hanya berlaku pada tangan kanan sahaja.Adakah ini normal?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih kerana menghubungi kami mengenai masalah anda.
Kami memahami kerisauan anda yang mengalami sakit pada pergelangan tangan kanan. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah anda boleh berpunca daripada beberapa perkara seperti :
- Trauma pada pergelangan tangan
- Sindrom Carpal tunnel
- Sindrom de Quervain
- Radang sendi
Kami menasihatkan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengetahui pnuca sebenar sakit pada pergelangan tangan anda. Anda boleh menghubungi pakar tulang kami untuk konsultasi secara atas talian.
Kami berharap jawapan ini membantu anda. Terima kasih.