Sulit
2 tahun
Muka terasa kebas sebelah tetapi masih mempunyai deria
Saya wanita berusia 23 tahun. Saya menghidap penyakit Multiple Sclerosis. Saya sudah berhenti ubat teriflunomide atas nasihat doktor pakar sejak februari kerana berhasrat ingin mengandung. Sudah seminggu sebelah muka (kanan) saya berasa kebas, tetapi masih mempunyai deria apabila disentuh. Cuma ianya terasa seakan tebal. Apakah sebabnya hal ini berlaku? Bagaimana cara menyembuhkannya secara semulajadi? Adakah ianya berbahaya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, masalah sedemikian boleh berlaku atas pelbagai penyebab, antaranya ialah:
- Tanda awal strok
- Kerosakan sistem saraf
- Pendarahan pada otak yang boleh disebabkan oleh kecederaan ataupun disebabkan oleh kembungan salur darah ( Cerebral Aneurysm )
- Keradangan pada otak
- Jangkitan kuman pada otak atau selaput otak. Anda akan rasa sakit kepala seperti migrain
- Masalah sistem pengsarafan otak seperti Multiple sclerosis
- Penyakit darah tinggi atau jantung yang boleh menggangu aliran darah ke otak
- Gangguan aliran darah ke otak seperti darah berketul yang tersekat.
- Penyakit sel darah seperti Anemia
- Masalah metabolisma badan
- Brain ischemia yang disebabkan oleh aliran darah yang tidak cukup ke otak. Ini adalah berkait dengan penyakit strok dan pendarahan.
- Penyakit kencing manis
- Kanser otak.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.