Sulit
3 tahun
Kebas di tapak tangan dan pipi
Sy sudah 3minggu di vaksin sinovic dos ke 2…masaalah sy…knpe tapak tangan dan pipi kebas
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami ini, kebas di tapak tangan dan pipi tidak berkaitan dengan vaksin covid, ia boleh disebabkan oleh beberapa perkara lain, contohnya:
- Gangguan pada saraf
- Kencing manis
- Darah tinggi
- Kekurangan vitamin B12
- Penyakit kelenjar
- Penyakit pada saluran darah
Perkara-perkara atas biasanya menyebabkan gejala yang anda mengalami ini. Punca gejala yang serupa sekali ini amat sukar untuk dikenal pasti tanpa perincian.
Untuk mengetauhi punca penyebab masalah gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Neurologi.