Sulit
3 tahun
Kaki rangan kebas kemudian bengkak
kaki dan jari tangan saya terasa kebas lebih dr sehari. kemudian bila bangun tidur muka dan kaki saya mula bengkak.saya ridak dapat jalan dengan meluruskan kaki kerana berasa cekang urat di belakang pelipat lutut.bila diurut,saya rasa sakit di kaki sehingga ke paha. saya terpaksa naik tangga dengan cara merangkak.kaki dan tangan berasa lemah.kaki berasa lemah seperti naik tangga dr tingkat 1 hingga 5 tanpa henti. saya juga hanya boleh duduk di atas kerusi yg tinggi. bila ke klinik kesihatan, dan check darah, saya dikatakan kurang darah merah. saya sebenarnya kurang faham apa yg diterangkan oleh doktor
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan penerangan anda, kami memahami anda mengalami gejala kebas tangan dan kaki serta bengkak kaki dan muka. Anda juga ingin mengetahui tentang kurang darah. Kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, kurang darah (anemia) bermaksud kekurangan hemoglobin dalam badan. Ia boleh disebabkan oleh banyak perkara seperti faktor genetik ataupun kekurangan pengambilan zat besi. Hemoglobin adalah penting untuk memastikan sel-sel badan mendapatkan oksigen yang secukupnya. Tanpa hemoglobin, sel-sel badan akan mengalami hypoxia (kurang oksigen) yang akan menyebabkan simptom-simptom seperti :
- Keletihan
- Pening
- Sesak nafas, terutamanya apabila melakukan aktiviti fizikal
- Muka dan kulit pucat
- Denyutan jantung yang pantas
- Hilang berat badan
- Hilang daya ingatan
Selain anemia, gejala anda juga boleh disebabkan oleh masalah buah pinggang, masalah jantung, tekanan darah tinggi dan penyakit kencing manis. Kami menyarankan anda untuk merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti punca masalah anda serta rawatannya. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian supaya kami dapat membantu anda dengan lebih lanjut mengenai perkara ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.