Sulit
3 tahun
Muka kebas sebelah kiri
Assalamualaikum dan selamat tengahari doktor…saya lelaki berumur 30 tahun…2 hari ini muka saya sebelah kiri terasa kebas…masa mandi kebas tu tak terasa…lepas mandi itu terasa balik…mohon doktor memberi penjelasan…terima kasih
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Untuk makluman anda, gejala anda alami tersebut, kebas pada muka boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Gangguan saraf
- Penyakit saluran darah
- Masalah tulang belakang
- Kencing manis
- Kekurangan vitamin B12
Untuk mengetauhi punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta ujian tambahan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lebih lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik pada link ini untuk bercakap dengan Pakar Neurologi.