Sulit
3 tahun
Hilang imbangan badan
Boleh saya tahu kenapa saya jadi hilang keseimbangan badan apabila berjalan dan berdiri.Saya tidak berasa pitam tetapi saya akan berundur kebelakang apabila berlajan.Hujung jari tangan juga selalu kebas.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan soalan anda, kami memahami bahawa anda mempunyai gejala ketidak seimbangan bila berjalan serta kebas pada hujung jari tangan. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, kumpulan simptom yang dinyatakan seiring dengan masalah neuropati perifari (Peripheral Neuropathy). Ia merupakan kumpulan masalah saraf yang berlaku diluar sistem saraf pusat. Antara puncanya adalah:
- Diabetes
- Kekurangan vitamin (B1, B6, B12)
- Kesan sampingan ubat neurotoksik
- Kadar urea yang tinggi dalam badan
- Amyloidosis
Ini adalah penerangan umum bagi masalah anda. Diagnosis terperinci tidak dapat dibuat tanpa mengetahui perincian simptom, sejarah kesihatan, pemeriksaan fizikal serta ujian klinikal.
Oleh itu, sebaiknya anda dirujuk kepada doktor supaya rawatan yang bersesuaian dapat diberikan. Anda boleh mendapatkan konsultasi bersama doktor kami secara atas talian mengenai masalah ini.
Kami berharap jawapan ini dapat membantu anda.
Terima kasih.