Anonymous
5 tahun
Kekeliruan terhadap kefahaman pengurusan usia kandungan
Hai. Saya Liyana…saya nk bertanyakan soalan kepada doktor tentang usia kandungan saya… period saya dah 2 bulan lebih tidak datang …last bulan Period saya adalah pada 5 march dan bulan 4 dan 5 period still xdatang. jadi pada bulan pertama saya check pada 18hb 4 still negative… selepas tu pada 24hb 4 saya pergi ke klinik swasta untuk check semula dengan doktor buat pt pun still negative dan doktor kata saya normal sahaja mungkin sbbkan stress level atau kenaikkan berat badan tetapi saya tiada semua tu. Pada 11 hb 5-13 saya check pt positive… jadi saya exited saya pergi scan … masa scan doktor di swasta di klinik lain kata kantung baby xnmpk lagi jadi mungkin masih baru tambah pula dengan simtom seperti cramp dan sakit pinggang. Seminggu selepas tu saya pergi ke klinik lain doktor kata xdpt scan sbb urine saya kosong disebabkan puasa jadi tidak dapat detect… keesokkan hari saya pergi ke klinik kerajaan mereka buat urin test dihantar ke makmal dan mereka sahkan saya sudahpun hamil 10 minggu dan disuruh buka buku pink… jadi saya Masih confuse mana satu yg betul…saya beli clear blue result di situ menunjukkan saya dah pun pregnant 3+ mengikut kiraan saya adalah tepat 10 minggu… boleh doktor berikan pandangan dan penjelesan dan pendapat kepada saya berkenaan dengan isu Ini sbb saya Masih confuse tentang usia kandungan saya…
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan puan, puan telahpun menjalani beberapa siri ujian dan yang terkini menunjukkan puan mengandung 10 minggu. Mengenai kandungan yang tidak dapat dikesan pada awalnya serta upt yang negatif, terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan keadaan ini seperti kandungan yang masih kecil, terlalu awal, kedudukan kandungan, masalah kerosakan pada alat upt atau teknik penggunaan mesin scan tersebut.Memandangkan anda telah mula membuka buku pink, kandungan anda akan dipantau di klinik dan puan boleh memastikan usia kandungan puan ini kembali pada sesi pemeriksaan yang seterusnya.Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Untuk makluman anda, secara amnya, usia kandungan dikira mengikut tarikh period terakhir (Last Menstrual Period) anda, iaitu 5 March lepas. Mengikut LMP anda, usia kandungan anda sekarang adalah 11 minggu 6 hari. Usia kandungan yang dikira berdasarkan ultrasound scan (dating scan) biasanya lebih tepat. Percanggahan 2 minggu dari POA adalah normal.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami. Terima kasih