
Sulit
5 tahun
Kerandut zakar kering dan gatal
Saya lelaki berusia 26 tahun, saya mengalami masalah kerandut pada zakar kering dan sering gatal pada waktu malam dan sekirannya berpeluh, adakah ianya kerana jangkitan bakteria/ kulat? Dan apakah langkah2 untuk saya atasinya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Bagaimanapun, keterangan anda disini masih kurang lengkap. Sebaiknya anda menerangkan dan mengenal pasti gejala tambahan yang terkait seperti status sunat, hubungan seksual, frekuensi kencing, status hidrasi, kemerahan, gatal dan sebagainya. Untuk makluman anda, kulit kepala zakar yang kering dan gatal boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Dermatitis seborrheic - sejenis keradangan bahagian kulit berambut
- Psoriasis penyakit kulit autoimun yang boleh mengenai seluruh badan
- Balanitis candidiasis keradangan kulit akibat jangkitan kulat
- Balanitis Circinate (seperti yang berlaku pada pesakit dengan penyakit Reiter )
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.