
Sulit
4 tahun
Kerap rasa berdenyut di dada
Saya kerap rasa berdenyut di kiri dada, kadang2 di kanan dada. saya telah check di klinik dan ECG, kata doctor hanyelah gastrik angin… masalahnye agak kerap juga berdenyut di kiri dada. kenapa ye doktor?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
.
Kami bersimpati dengan gejala/masalah yang anda hadapi iaitu rasa berdenyut di kiri dada. Walaubagaimanapun, maklumat yang anda berikan agak terhad untuk kami menyimpulkan punca sebenar bagi masalah yang anda hadapi. Untuk makluman anda, rasa berdenyut di kiri dada bukan hanya disebabkan oleh masalah pada jantung, ia dapat disebabkan oleh banyak perkara. Antaranya ialah:
- Pedih ulu hati disebabkan oleh gangguan asid dari perut
- Sakit bahagian abdomen yang merebak hingga ke dada
- Sakit luaran seperti otot, sendi dan tulang rusuk
- Penyakit berkaitan paru-paru seperti asma, jangkitan paru-paru
- Serangan jantung
- Gangguan emosi
Jangan tunggu sehingga sakit menyerang. Jaga jantung anda bermula sekarang.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mengelakkan kesakitan pada dada. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Sakit dada boleh disebabkan oleh masalah jantung. Dapatkan nasihat daripada pakar kardiologi