
Sulit
4 tahun
Ketiak hitam dan gatal
Ketiak terlampau hitam,tekstur kulit di ketiak juga kasar,berbau dan menyebabkan gatal2 serta bengkak2…apakah cara untuk menjadikan kulit kembali normal dan suggestion drpd doc deodoran prubatan terbaik…harap penjelasan

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah yang anda alami boleh berlaku disebabkan beberapa perkara seperti:
- iritasi daripada bahan kimia
- iritasi daripada mencukur
- pengumpulan sel-sel kulit yang dah mati
- akibat merokok
- peningkatan melanin (hyperpigmentation)
- obesiti
- perubahan hormon
- jangkitan bakteria
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.