
Anonymous
4 tahun
Kudis buta atau scabies
Saya mengalami seperti gigitan nyamuk di kawasan kemaluan saya… Bermula di kepala zakar dan testis… Seterusnya merebak ke bahagian batang kemaluan… Saya berjumpa dr dan dr tersebut menyarankan saya mengambil rawatan STD keesokkan harinya tapi selepas result darah keluar… Dan alhamdulillah result darah saya semuanya negatif untuk hiv, sipilis, hipetitis, gonolia… Saya pun ambil suntikan dan juga makan pill antibiotik… Sebelum ini… Saya ada mengajak tiga kawan saya untuk lepak dia rumah… Tapi hari berlainan dan juga orang nya… Hanya saya dan rakan pertama sahaja terkena perkara saya sebutkan sebentar tadi… Dan kami telah mengambil rawatan sama sama… Sewaktu saya mengambil antibiotik, saya dapati najis saya cair seperti kena diarihea dan mula timbul ruam ruam… Dan semakin lama ruam tersebut semakin gatal dan mula merebak hampir satu badan… Celah kangkang, peha, punggung, jari, tangan dan kaki saya kesan ada ruam dan terasa gatal… Paling kritikal gatal terasa hanya disebelah malam sahaja… Tidak teruk di sebelah siang… Saya ingin menanyakan kepada dr, adakah saya sedang mengalami kudis buta? Sebab rawatan std telah di ambil 5 hari lepas dan antibiotik telah habis 3 hari lepas… Nasihat dr?

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Kudis buta atau ‘Scabies’ merupakan sejenis penyakit kulit yang mudah berjangkit di mana ia dijangkiti melalui sentuhan langsung kulit seseorang dengan orang yang mengalami kudis buta.
Untuk makluman pihak anda, kudis buta boleh disebabkan oleh pendedahan kepada kutu kudis ini walaupon dalam tempoh masa yang singkat, iaitu hanya dalam 15-20 minit.
Terdapat beberapa simptom dan tanda yang akan dialami oleh mereka yang mempunyai penyakit ini. Ia adalah:
- Ruam pada pada beberapa kawasan badan
- Kulit menjadi tebal dan kehitaman disebabkan keradangan yang kronik
- Rasa gatal yang teruk. Ia akan membuat seseorang pesakit untuk sentiasa menggaru kawasan tersebut
- Ruam tersebut mempunyai terowong kecil. Disitulah parasit scabies menetap
Namun, ada beberapa penyakit lain yang menunjukkan simptom yang sama seperti masalah kudis buta ini. Penyakit tersebut adalah:
- Penyakit Chicken pox(cacar air)
- Gigitan kutu katil(beg bud)
- Dermatitis
- Ekzema
- Penyakit kaki tangan dan mulut
- Demam campak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.