
Sulit
4 tahun
Kudis membesar dan rasa seperti melecur
Pada kulit saya ada kudis. Mula mula kudis tu kecil ja selepas itu di permukaan kulit sekeliling kudis tu menjadi merah dan bengkak. Rasanya sakit macam melecur. Saya dah cuba sapu ubat Fucidin cream tapi x menjadi.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa jenis penyakit kulit yang boleh terjadi dalam situasi ini, antaranya:
- Cellulitis
- Kudis Api (Impetigo)
- Kudis Buta (Scabies)
- Kurap
- Cutaneous Larva Migrans (Komplikasi jangkitan parasit)
Kemungkinan masalah kudis api ialah tinggi kerana sifatnya yang mudah merebak. Namun, saya perlu melihat dan memeriksa luka-luka yang merebak itu supaya saya boleh mengenalpasti diagnosis kerana penyakit-penyakit ini mempunyai sifat luka yang berlainan.
Secara am, masalah kudis ini dirawat dengan:
- Krim antibiotik- bagi kes yang lebih ringan
- Ubat antibiotik
Untuk mendapatkan ubat ia memerlukan preskribsi dari doktor. Maka anda disarankan untuk berjumpa dengan doktor.
Selain itu, berikut merupakan langkah pencegahan dari kudis.
- Sentiasa membasuh tangan dan kaki selepas bermain di luar.
- Mencuci pakaian atau tuala pesakit dengan air suhu lebih tinggi dan elakkan perkongsian dengan orang lain.
- Ibu bapa harus memakai sarung tangan semasa menyapu krim antibiotik atas kudis.
- Pastikan kuku selalu pendek.
- Larangkan anak anda yang menghidapi penyakit ini bermain dengan kanak-kanak lain.
- Elakkan mengunjungi tempat yang sesak.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.