
Sulit
4 tahun
Kulit jari mengelupas dan kering selama 1bulan lebih
Saya ada masalah kulit di jari jari tangan, ia mengelupas semakin nipis dan kering. Jikalau terluka sedikit pun terasa hingga ke daging dlm kulit. Saya dah guna lotion setiap hari pun masih sama. Makin lama saya rasa kulit jari mengelupas semakin merebak ke jari tangan yg lain. Saya confused,dan tak tahu apa penyebabnya. Saya harap doct mampu tolong saya. Terima kasih banyak.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang dihadapi oleh anda. Kulit muka menggelupas sering dialami oleh kebanyakan orang. Hampir setiap orang akan mengadu mengenai kulit jari mereka mengelupas dan ianya sangat mengganggukan. Penyebab utama kulit jari mengelupas ialah sel-sel mati pada muka sedang digantikan dengan sel-sel baru pada kulit muka. Proses ini dipanggil regenerasi kulit.Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Bekas luka pada kulit jari juga boleh menyebabkan kulit jari mengelupas.
- Penyakit CREST
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.