
Sulit
4 tahun
Kulit terasa gatal, merah dan berbentuk bulat seperti cincin
Selamat pagi Doktor. Saya Cik N berusia 26 tahun. Saya seorang yang sihat dan tiada penyakit kronik. Sejak seminggu yang lalu, saya selalu berasa gatal di bahagian ketiak sebelah kiri. Pada mulanya tiada apa2 yang timbul (seperti ruam/bintik/etc) dan kemarin baru saya perasan terdapat ruam/patch berbentuk mcm cincin dan dia sebesar duit 20 sen. Sangat jarang berasa gatal dan berwarna agak merah. Boleh saya tahu apa penyakit kulit ini dan adakah ianya kurap? Ubat apa yang saya boleh pakai untuk menghilangkannya.

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah kulit yang anda hadapi iaitu gatal di bahagian ketiak sebelah kiri. Kini, kegatalan tersebut ada ruam dan patch. Terdapat beberapa punca yang lain seperti:
- Pemakaian produk yang tidak sesuai
- Alahan kepada persekitaran seperti berpeluh
- Psoriasis
- Ekzema
- Jangkitan kuman/ kulit
Bagi mengetahui punca masalah kesihatan anda, sila rujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.