
Sulit
5 tahun
Kurang selesa untuk bernafas. Dada terasa berat untuk bernafas
Salam hormat doktor yg dihormati.
Saya lelaki berusia 26 tahun. Sebelum ini belum pernah mengalami/disyaki menghadapi masalah berkaitan jantung berikutan sudah beberapa kali melakukan pemeriksaan kesihatan. Namun sejak kebelakangan ini, saya berasa agak tidak selesa untuk bernafas tambahan kadang2 dada dibelah kiri saya terasa seperti dicucuk ketika bernafas (berdenyut).Pernah juga saya merasakan kedua tangan saya seolah seperti sedikit kebas apabila cuba untuk meramas. Untuk pengetahuan doktor, keluarga saya tidak mempunyai sejarah masalah sakit jantung. Mohon penjelasan doktor.
Terima kasih.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala yang dihadapi. Terdapat pelbagai punca yang boleh menyebabkan gejala yang anda alami seperti:
• Penyakit jantung
• Jangkitan injap jantung (infective endocarditis)
• Kekurangan darah atau anaemia
• Jangkitan paru-paru
• Barah paru-paru
• Penyakit autoimun seperti SLE atau rheumatoid arthritis
• Kondisi psikiatrik seperti kebimbangan yang berlebihan (anxiety disorder) dan kemurungan (depression)
Untuk mengetahui punca berlakunya sesak nafas anda perlu buat pemeriksaan fizikal /ujian darah/ECG terlebih dahulu. Anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor secepat mungkin untuk mendapatkan rawatan kerana punca-punca yang tersenarai di atas memerlukan rawatan segera untuk mengelakkan komplikasi. Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Jawapan ini ialah keterangan am. Terima kasih.