
Sulit
4 tahun
Masalah kesan hitam, merekah dan adakalanya gatal pada bahagian hujung bibir. apakah ubat ataupun skincare yang saya boleh guna untuk hilangkan kesan hitam tu?
saya wanita berumur 23 tahun, saya mengalami masalah pada bahagian hujung bibir iaitu terdapat bekas hitam, ada bintik-bintik putih macam whitehead pada bahagian tersebut, kadang-kadang hujung bibir akan merekah. saya dah pernah hentikan pengambilan kafein selama setahun untuk hilangkan kesan hitam tu tapi masih tiada perubahan pada bibir saya. apa ubat ataupun skincare yang saya boleh guna untuk hilangkan kesan hitam tu?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah bibir merekah atau bibir kering ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Alahan terhadap produk kecantikan biasa
Penggunaan lipstik matte pigment tinggi dan pembersih muka atau krim dengan asid salicylic dan benzoyl peroksida yang diterapkan di sekitar mulut.
Sesetengah ubat juga boleh menyebabkan mulut kering atau berpecah sebagai kesan sampingan.
Oleh itu, terlebih dahulu anda rawat bibir kering anda. Berikut antara kaedah yang boleh dicuba
- Minum banyak air jika anda merasakan bibir anda retak
- Elakkan menjilat bibir anda dalam apa - apa keadaan,
- Menggunakan pelembap-bebas kimia- Emolien adalah pelembap yang direka untuk melembutkan bibir dan menambah kelembapan.
- Emolients dengan asid lemak dan linoleat, seperti minyak zaitun mentega shea, minyak emu, atau minyak kelapa dapat menyerap dengan baik.
- Pilihan lain menggunakan Vaseline atau Aquaphor. Ini mempunyai molekul besar dan asas silikon, jadi mereka tidak diserap, malah menjadi halangan yang besar bagi kehilangan air. Sapukan semula setiap 2 hingga 4 jam sehingga bibir anda sembuh.
- Elakkan dari produk bibir dengan perasa, wangian, atau warna sehingga bibir anda telah sembuh.
- Jangan kupas serpihan kulit dari bibir anda
- Gunakan pelembap bibir yang mengandungi pelindung matahari SPF apabila anda berada di bawah sinar matahari.
Untuk mengatasi masa bibir gelap, anda boleh cuba untuk scrub bibir anda sama ada dengan menggunak produk yang ada dijual di pasaran atau membuat sendiri.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui rawatn yang tepat, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Atau anda bolh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.