
Sulit
4 tahun
Masalah kulit kepala berkuping
Saya ads masalah kulit kepala berkuping. Kulat tinea capitis. Saya dh cuba pelbagai produk. Tpi tiada penyelesaian. Malah makin teruk. Tlg bantu saya

4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang masalah ini.
Untuk makluman anda, jangkitan kulat pada kulit kepala biasanya dipanggil tinea capitis atau kurap kulit kepala. Ia adalah jangkitan kulat di folikel rambut kulit kepala dengan penglibatan jangkitan di batang rambut . Ia disebabkan oleh spesies kulat dalam genera kulat Microsporum dan Trichophyton.
Faktor untuk terjadinya kelemumur adalah:
- Faktor genetik –ahli keluarga mengalami kelemumur secara genetik
- Komponen emosi dan endokrin – seperti perubahan hormon dan tekanan emosi
- Perubahan dalam kuantiti dan komposisi sebum – kulit kepala berminyak
- Penyakit tertentu – Pesakit Parkinson, pesakit AIDS dengan sistem immuniti yang lemah
Untuk memastikan ianya adalah kelemumur dan bukannya jangkitan kulit yang lain, saya menasihatkan anda untuk ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana rawatan adalah berbeza mengikut penyakit tertentu.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.