Sulit
4 tahun
Muka sebelah kanan terasa kebas
Assalamualaikum … doktor saya berumur 19 tahun , dlm beberapa bulan ni , saya ada rasa
- Muka sebelah kanan saya terasa kebas
-Muka tidak jatuh
-Anggota badan yang lain seperti biasanya cergas dan tiada masalah
-Kadang-kadang muka sebelah kanan terasa mati rasa
-Kadang terasa kejang dan sakit sedikit macam dicucuk jarum pada muka tersebut
Hanya terasa kebas , muka tidak jatuh , muka boleh bergerak sihat seperti biasa
Apa yg saya perlu lakukan dan elakkan ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Malangnya, maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki. Hanya dengan maklumat di atas, saya tidak boleh membuat konklusi penyebab masalah anda ini. Ianya berkemungkinan disebabkan oleh kerosakan saraf atau saraf tidak lagi berfungsi yang mungkin berpunca dari masalah seperti:
Multiple sclerosis
Trauma/kecederaan
Tumor/ketumbuhan
Neuropathy
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Saya sarankan, apa yang anda harus lakukan sekarang adalah, berjumpa dengan doktor kerana untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan atau klik pada link ini (DoctorOnCallEPharma) untuk berhubung dengan farmasi kami. Terima kasih.