
Sulit
4 tahun
Najis berketul seperti tahi kambing
salam
saya ingin bertanya, kenapa saya terlalu kerap buang air besar dengan sukar dan najis saya keras berketul dan lerai seperti tahi kambing.
najis tidak berdarah, hanya lerai dan merupai tahi kambing.
saya tidak begitu aktif dan sy kerap minum air putih… tetapi masalah tetap sama sahaja. saya risau jika ada apa2 yg tidak sihat dlm sistem pencernaan saya. saya selalu ke tandas untuk buang air kecil dan air kencing saya jernih dan kurang berbau… cuma bila saya bgn tidur pd keesokkan hari air kencing saya masih jernih dan berbau.
saya tiada sejarah penyakit lain2… dan saya ada sejarah penyakit angin yg bermaksud perut saya senang masuk angin jika saya lambat makan dan jika saya salah makan.
saya perokok yang tidak tegar… sehari mungkin saya hisap rokok bawah 10 batang sahaja.
apakah masalah sebenar yang saya lalui?
selain masalah najis keras, saya juga sering bersin, hidung tersumbat dan berair.
terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, selamat sejahtera dan selamat petang. Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu najis berketul dan sukar untuk buang air besar atau sembelit. Untuk makluman pihak anda, masalah sembelit yang anda alami ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Pengaruh gaya hidup - pemakanan yang kurang sihat, seperti kekurangan serat serta kekurangan air
- Menunda buang air besar
- Pengaruh ubat-ubatan- Ubat-ubatan tertentu seperti suplemen kalsium, suplemen zat besi, ubat antiepilepsi, antidepresan, antipsikotik, dan antidiuretik boleh menyebabkan sembelit
Jawapan diatas adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca sembelit, dan seterusnya medapatkan rawatan yang sesuai, maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Disini saya sarankan anda untuk mengamalkan gaya hidup yang sihat dan mengambil pemakanan yang seimbang bagi mengurangkan masalah ini :
- Makan banyak buah-buahan
- Banyakkan serat dalam pemakanan
- Banyak minum air
- Jangan tangguh apabila mahu ke tandas
Anda juga boleh klik link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi. Terima kasih