
Sulit
3 tahun
Paru-paru berair dan kanser paru-paru
Assalamualaikum doktor. Mak saya berumur 61 tahun, mak saya sakit paru-paru berair dan kanser paru-paru. Mak akan ditebuk untuk keluarkan air pada paru-paru. Sbb 2minggu je dah penuh balik kat paru2. Apakah kesan selepas ditebuk? Dan akan buat kemoterapi tapi macam lama lagi nak kemo tu. Apa juga kesan kemo tu? Dan Makanan apa yang terbaik untuk penyakit mak saya?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam Sejahtera,
Terima kasih atas pertanyaan anda.
Untuk makluman anda, prosedur yang anda sebutkan adalah kemasukan tub dada (tube thoracostomy). Ia dilakukan untuk mengeluarkan cecair daripada paru-paru. Antara kesan prosedur ini adalah:
- Membantu pesakit untuk bernafas dengan normal
- Meningkatkan kada oksigen
- Pendarahan pada lokasi yang dimasukkan
- Jangkitan pada ruang kemasukan tiub
Kemoterapi pula dilakukan untuk membunuh sel-sel kanser. Kemoterapi boleh memberi pelbagai kesan sampingan kepada pesakit. Kesan sampingan ini bergantung kepada jenis ubat yang digunakan, dos ubat, tahap kesihatan pesakit, usia serta tahap kanser. Antara kesan sampingan kemoterapi yang sering dilaporkan adalah:
- Penat atau letih
- Hilang selera makan
- Mual atau muntah
- Kehilangan rambut atau bulu roma badan
- Anaemia
- Tahap imunisasi rendah.
Diet yang boleh diamalkan oleh pesakit kemoterapi adalah:
- Mengamalkan makan kuantiti yang sikit tapi kerap untuk dapatkan tenaga
- Amalkan pemakanan seimbang
- Elakkan pantang-larang pemakanan yang menyusahkan
- Lakukan aktiviti ringan untuk meningkatkan selera
- Prihatin akan berat badan dan cuba untuk mengekalkan pada kadar sedia ada.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Sila rujuk doktor jika hilang berat badan secara mendadak. Sebarang pertanyaan lanjut boleh diajukan kepada doktor anda atau doktor kami secara atas talian.
Harap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.