
Sulit
4 tahun
Penggunaan ubat bascopan yg berpanjangan Dan kesan sampingan pada pengguna yg mengunakan nya secara berterusan
Saya berusia 41tahun.saya nak Tanya penggunaan ubat bascopan.saya baru2 ini mengalami sakit perut yg agak teruk…selepas pergi klinik doctor berikan saya ubat bascopan Dan ubat gastrik.selepas dos ubat bascopan yg diberi doctor habis…saya beli ubat tersebut di farmasi Dan mengunakan nya berkali kali…setiap kali habis saya akan beli lagi…soalan saya adakah akan ada kesan yg tidak baik sekiranya saya makan berterusan ubat ini.sakit perut saya ni sudah berkurangan sikit cuma belum betul betul stabil.sebab tu saya continue beli di farmasi Dan terus kan mkn ubat ini.tp tiba2 sakit perut saya yg sebelum ini sudah sedikit berkurangan jadi sakit semula disertakan cirit birit Dan loya2 muntah…adakah ini kesan daripada makan ubat bascopan yg agak lama.
Lagi satu saya ada juga mengambil jus berasas kan herba Dan di minum 30 minit sebelum saya mkn ubat bascopan…adakah ini juga salah satu punca nya jugak

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Kami memahami kebimbangan anda tentang perkara ini. Untuk pengetahuan anda, anda tidak disyorkan untuk menggunakan ubat Buscopan lebih lama daripada 2 minggu. Sebaiknya, anda perlu merujuk kepada doktor anda sekiranya simptom anda berubah, bertambah buruk atau tidak bertambah baik. Perkara tersebut terkecuali hanya jika atas nasihat doktor, anda boleh mengambil Buscopan lebih lama daripada tempoh terbabit. Buscopan selamat diambil dalam jangka masa yang lama (lebih dari 3 bulan) selagi anda mengambil dos yang disyorkan dan anda tidak mengalami sebarang kesan sampingan.
Berdasarkan keterangan anda, jika keadaan gejala yang anda alami bertambah teruk disertai cirit-birit dan loya, anda amat disarankan untuk berhenti dahulu mengambil ubat tersebut dan segera berjumpa dengan doktor secara langsung bagi mendapatkan rawatan serta kesimpulan yang lebih tepat. Berkenaan jus berasakan herba yang anda nyatakan, sukar untuk saya membuat sebarang kesimpulan sebelum maklumat terperinci tentang produk tersebut turut diberitahu.
Oleh itu, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih