Anonymous
5 tahun
Perut Kejang Bila Gelak
Apabila saya gelak walaupun sekejap je, perut saya terasa kejang dan geli. Mengapa ye?
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang anda ajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Untuk pengetahuan anda, semasa gelak, otot bahagian perut kami akan berkontraksi sehingga rasa sakit sekiranya kuat kontrak. Ini adalah gejala fisiologi dan biasa terjadi kepada individu. Ini adalah sama seperti sakit otot perut setelah anda kuat bersenam menggunakan otot perut.
Namun begitu, sekiranya kesakitan tersebut berlarutan dan mengganggu aktiviti hidupan harian, maka anda disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor untuk mendapatkan pengesahan doktor yang bertauliah secara peribadi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor kami. Terima kasih.