
Sulit
4 tahun
Perut rasa berdenyut dan berbunyi sehingga mengeluarkan angin melalui kentut dan sendawa
Perut saya selalu berbunyi sampai saya tak berhenti sendawa dan kadang2 berdenyut. Sebab ap ye?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami keresahan yang dialami oleh anda. Walaubagaimanapun bantuan kami adalah terhad berdasarkan deskripsi yang anda telah sampaikan melalui forum ini.
Berdenyut atau ketidakselesaan didalam usus boleh disebabkan oleh berbagai jenis kondisi fisiologi mahupun gangguan tubuh, antaranya:
- Proses penghadaman yang lebih deras (akibat dari perubahan pola makanan, jangkitan, dll.)
- Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
- Serat (fibre) yang terlalu banyak atau tidak cukup
- Kekurangan bakteria yang baik dalam sistem pencernaan
- Konsumsi sayur-sayuran Cruciferous yang berlebihan (i.e. brokoli, kubis, bak choi dan kale)
- Gas yang tidak atau lambat keluar dari sistem pencernaan. Lewat atau sering bertangguh ke tandas boleh menyebabkan lebih banyak gas di dalam usus)
Maka, tanpa pemeriksaan yang lebih khusus, kita tidak boleh menjamin punca sebenar gangguan yang anda alami. Walau bagaimanapun untuk menghilangkan keluhan buat sementara waktu, anda boleh cuba untuk:
- berehat apabila selesai beberapa tugas
- memastikan pakaian tidak terlalu ketat
- memastikan tubuh sentiasa terhidrat (baca: stay hydrated)
- merujuk ke doktor secepatnya
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang kondisi kesihatan anda, atau agar rawatan yang lebih tepat boleh di laksanakan, pemeriksaan yang lebih terperinci perlu dilakukan terlebih dahulu. Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.